Rabu, 1 Februari 2012

 TERJEMAHAN SYAIR QASIDAH
 [Susunan imam Muhammad bin Said Al-Bushiri]

Aku telah menzalimi sunnah nabi yg telah menghidupkan kegelapan mlm dgn ibadah,

Sehingga kedua kakinya mengadu kesakitan kerana bengkak.
Baginda mengikat perutnya jika terasa lapar dan menganjal perutnya yg berkulit halus itu dgn batu.

Gunung-ganang yg tinggi telah merayu menawarkan diri utk menjadi emas,tetapi baginda enggan menerima tawaran ini enggan seenggan-enggannya.

Bagaimana mungkin dunia dpt mempengaruhi baginda,sedangkan kalau bkn kerana baginda,maka dunia ini tdk akn keluar dr ketiadaannya.

Nabi Muhammad itu adlh penghulu dua alam,penghulu jin dan manusia dan pemimpin Arab dan Ajam.

Nabi kami yg menyuruh kami dgn kebaikan dan melarang kami dr kemungkaran,maka tiada seorang pun yg lebih baik perkataannya drpd baginda samada mengatakan ‘ya’ ataupun ‘tdk’.

Baginda adlh kekasih tercinta yg sgt diharapkan syafaatnya utk menyelamatkan kita dr segala kebimbangan yg menyelubungi hati.

Wahai Tuhanku……!curahkanlah selamanya selawat dan salamMu kpd kekasihMu,sebaik-baik makhluk keseluruhannya,

Wahai Tuhanku…….!dgn berkat Nabi Muhammad yg terpilih,engkau perkenankanlah hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yg lalu,
Wahai Tuhan yg Maha Luas KemurahanNya..