Selasa, 21 Februari 2012

“aku melihat engkau menggerakkan jemarimu…”

Pada zaman dahulu,hidup seorang pemuda yg amat meminati ilmu agama.beliau sanggup mengembara ribuan batu utk menuntut ilmu agama.sampailah pada suatu hari pemuda ini tiba di madinah.lalu beliau masuk mengikuti pengajian bersama guru yg hebat pada masa itu,iaitu Malik bin Anas.sebagai pelajar baru,pemuda tadi duduk agak terkebelakang.semasa gurunya mengajar,gurunya terlihat pemuda itu menggerak-gerakkan jarinya seolah-olah sedang menulis di ats tapk tangannya.kelihatan pemuda itu seolah-olah bermain dan berpura-pura menulis kerana pelajar yg lainnya menulis dgn pena dan buku.setelah selesai pengajaran,gurunya itu memanggil pemuda td dan bertanyakan padanya mengapakah dia bermain sewaktu guru sedang mengajar.

    “aku melihat kau menggerakkan jemarimu….”kata guru itu.pemuda td menafikannya.”saya benar-benar menulis”.balas pemuda itu.lantas guru td menyuruh pemuda itu menyebut semula apa yg diajarnya semasa kelas td.lalu pamuda td menyebut satu persatu setiap isi ilmu apa yg diajarkan oleh gurunya td tanpa meninggalkan sedikit pun walau pun sebaris ayat.guru itu berasa amat kagum dgn daya ingatan pemuda tersebut.lalu pemuda td menceritakan yg dia datang dr jauh dan tdk mempunyai kemampuan memiliki alat tulis,cara menulis dgn jari ditelapak tangannya sudah cukup utk membuatkan dia ingat  apa yg diajar oleh gurunya itu.sejak hari itu,pemud atd menuntut ilmu dgn tekun dan gigih serta menjadi salah seorang sarjana Islam yg hebat.malah beliaulah yg mula-mula menyusun kitab usul fiqh sehingga digelar ‘bapa usul fiqh’.pemuda yg dimaksudkan adalah Al-Imam As-Syafie dan gurunya itu adalah Imam Malik,pengasas mazhab Mliki.

Antara kata-kata hebat dr beliau adalah,

“orang yg zalim kpd dirinya,ialah orang yg merendahkan dirinya kpd orang yg tdk memuliakannya dan orang yg menyukai sesuatu benda yg tdk memberi manfaat kpdnya.begitu juga orang yg menerima sesuatu pujian dr seseorang yg lain yg tdk mengenalnya dgn sesungguh-sungguhnya…..”

Khamis, 16 Februari 2012

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

1)    Jadikanlah “Ghadhul Bashar” (menundukkan pandangan) sbg ‘hiasan mata’ anda,nescaya akn semakin bening dan jernih.

2)    Oleskan “Lipstik Kejujuran” pd bibir anda,nescaya anda akn semakin manis.

3)    Gunakanlah “Pemerah Pipi” anda dgn kosmetik yg terbuat dr rasa malu dan diimport khas dr salon iman.

4)   Pakailah “Sabun Istighfar’’ yg dpt menghilangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan.

5)   Rawatlah rambut anda dgn syampoo “Selendang Islami” yg akn menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yg merbahayakan.

6)   Hiasilah kedua tgn anda dgn gelang “Tawadhu’ ” dan jari-jari anda dgn cincin “Ukhuwah”.  

7)   Sebaik-baiknya kalung anda adlh kalung “Kesucian”.

8)   Bedakilah wajah anda dgn penyegar “Air Wudhu’ ” nescaya akn berseri dan bercahaya di Akhirat.PERCAYALAH……..

Rabu, 1 Februari 2012

Inginku kongsikan bersama,,

Seorang pemuda yg angkuh telah bertanya kpd seorang yg alim tentang wujudnya Tuhan…

Pemuda           :anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan2 saya?
Orang alim      :saya hambaNya dan dgn izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda           :anda yakin?sedangkan professor dan ramai orang yg pintar xmampu menjawab
                       pertanyaan saya.
Orang alim      :saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda           :saya ada 3 pertanyaan…..1)kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud 
                         Tuhan kpd saya..2)apakah yg dinamakan takdir?...3)kalau syaitan diciptakan                                 
                         dr api kenapa dicampakkan ke dlm neraka?tentu tidak menyakitkan buat
                         syaitan sebab mereka memiliki unsur yg sama.apakah Tuhan tdk pernah
                         berfikir sejauh itu?

Tiba2 orang alim tersebut menampar pipi pemuda tadi dgn keras

Pemuda           :(sambil menahan sakit) kanapa anda marah kpd saya?
Orang alim      :saya tdk marah.tamparan itu adalah jwpn kpd 3 pertanyaan yg anda ajukan
                         kpd saya.
Pemuda           :saya sungguh2 tdk mengerti
Orang alim      :bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda           :tentu sja saya berasa sakit.
Orang alim      :jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda            :ya!!
Orang alim       :tunjukkan saya wujud sakit itu.
Pemuda            :saya tdk boleh
Orang alim       :itulah jwpn pertanyaan 1)……kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa
                         mampu melihat wujudNya..apakah mlm tadi anda bermimpi akan ditampar 
                         oleh saya?
Pemuda            :tidak
Orang alim       :apakah anda pernah terfikir akan menerima tamparan dr saya hari ini?
Pemuda            :Tidak
Orang alim       :itulah yg dinamakan takdir.tangan yg saya gunakan utk menampar anda dr
                          jenis apa?
Pemuda            :kulit
Orang alim       :pipi anda dr jenis apa?
Pemuda            :kulit
Orang alim       :bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda            :sakit
Orang alim       :walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga diciptakan dr api,jika
                          Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan utk
                          syaitan.

Moral:Tuhan ciptakan sesuatu kejadian dan hukum dgn penuh sempurna dan jgn sesekali kita mempertikaikan apa saja kejadian dan hukum yg diperintahkanNya……..

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yg hendak aku katakan.aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dgn kamu semua slps tahun ini.Oleh itu,dengarlah dgn teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kpd org-org tg tdk dapat hadir di sini pd hari ini.Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bolan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai suci.Kembalikan harta yg diamanahkan kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tdk menyakiti kamu lg.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akn menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yg melibatkan riba dibatalkan mulai skrg.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tdk mengikutinya dlm perkara-perkara kecil

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak k eats isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di ats kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke ats kamu,maka mereka juga berhak utk diberi diberi makan dan pakaian dlm suasana kasih saying.Layanilah wanita-wanita kamu dgn baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adlh teman dan pembantu yg setia.Dan hak kamu ke ats mereka ialah mereka sama sekali tdk boleh memasukkan org yg kamu tdk sukai ke dlm rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah solat lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dr harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adlh bersaudara kpd muslim yg lain.Kamu semua adlh sama,tdk seorang pun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm takwa dan beramal soleh.Ingatlah bahawa kamu akn menghadap Allah pd suatu hari utk dipertanggungjawabkan di ats segala apa yg telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jgn sekali-kali terkeluar dr landasan kebenaran slps ketiadaanku.

Wahai manusia,tdk ada lg nabi atau rasul yg akn dtg slpsku dan tdk akn lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dgn betul dan fahamilah kata-kata yg telah aku sampaikan kpd kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu dua perkara,yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tdk akn sesat selama-lamanya.Itulah AL-QURAN dan SUNNAHku.Hendaklah org-org yg mendengar ucapanku menyampaikan pula kpd org lain.Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kataku dr mereka yg terus mendengar drku.Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kpd hamba-hambaMu.

SURAT TERBUKA UTKMU WANITA..

                                                        
                                   
Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dr tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bisa menarik sang kumbang utk mendekatimu.Namun….tdk semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dr kejauhan sdh terhidu keharumannya.Warnanya yg terserlah indah mengundang kekaguman kpd sang kumbang berfikir beberapa kali utk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah kubu dirimu dgn perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN RASA KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KPD ALLAH……hiasilah wajahmu dgn titisan wuduk sbg ganti alat solek berjenama yahudi.Alangkah indah kiranya wajahmu yg ayu itu berada disebalik tabir pakaian,dilindungi oleh secebis kain yg tdk berharga apa-apa disisi manusia,namun hakikatnya kau berada dlm pemerhatian Allah kerana cuba menghidupkan sunnah para sahabat yg telah lama meninggalkan kita.Ingatlah wahai gadisku,barangsiapa yg cuba menghidupkan satu sunnah maka sdh pasti akn tergolong bersama mereka yg bakal mendapat 100 pahala org yg mati syahid.Ingatlah CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TDK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TDK MELIHAT KPDNYA.Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan utk perhatian umum dgn suatu permata yg diletakkan dlm bekas tertutup.Sdh pasti keinginan naluri lebih kuat utk melihat sesuatu yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.WANITA SOLEHAH yg patuh dlm dan taat kpd Al-khaliq dlm melayari liku-liku kehidupannya adlh harapan setiap insan yg bernama Adam.Namun,segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dgn nafsu serakah yg bersarang dlm dirimu.Lebih-lebih lg dgn title gadis yg engkau miliki sdh pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku……sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akn memudahkan jalan-jalan baginya kea rah itu.Yg penting gadisku,engkau hendaklah memiliki azam ,usaha dan istiqomah…

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DR TUBUHMU,maka sdh tdk ada perisai yg dpt membentengimu.Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan bahaya tentang dirimu :”tdk ada suatu fitnah yg lebih besar,yg lebih bermaharajalela slps wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dr kaum wanita..”.Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.Jgn sesekali biarkan sesiapapun mengeksploitasikan dirimu utk kepentingan tertentu.Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat martabatmu setaraf dgn kaum Adam.Kau harapan ummah dlm melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggoncang dunia dgn sentuhan lembut tgnmu.

Gadisku,
Dlm hidupmu,pasti kau ingin menyayangi dan disayangi…Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA….Bercinta tdk salah,tetapi memuja cinta itu yg salah.Ini adlh kerana CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAHNYA TERGADAI .Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sbhg besarnya adlh kerana cinta.Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yg membawa maksud :”sesungguhnya cinta itu buta”Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dlm membezakan perkara yg hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu ats dasar nafsu semata-mata dan bkn kerana ALLAH S.W.T .Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadian yg begitu simbolik.Asal kejadian dr setitis air yg tdk berharga,lalu mengalami proses pembentukan yg sempurna hasil dr perencanaan ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dpt melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akn timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu…….

Gadisku,
Mencintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADLH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI….Sedarilah dan insafilah olehmu kerana dirimu begitu berharga…..Aku kn ttp merindui gadis yg aku idamkan……Ya,MAWAR BERDURI!!!......



                                                                                                         Tulus dariku,
                                                      
                                                                                                        …….arrijal……
                                                                                                        Rijal diAhir Zaman.


 TERJEMAHAN SYAIR QASIDAH
 [Susunan imam Muhammad bin Said Al-Bushiri]

Aku telah menzalimi sunnah nabi yg telah menghidupkan kegelapan mlm dgn ibadah,

Sehingga kedua kakinya mengadu kesakitan kerana bengkak.
Baginda mengikat perutnya jika terasa lapar dan menganjal perutnya yg berkulit halus itu dgn batu.

Gunung-ganang yg tinggi telah merayu menawarkan diri utk menjadi emas,tetapi baginda enggan menerima tawaran ini enggan seenggan-enggannya.

Bagaimana mungkin dunia dpt mempengaruhi baginda,sedangkan kalau bkn kerana baginda,maka dunia ini tdk akn keluar dr ketiadaannya.

Nabi Muhammad itu adlh penghulu dua alam,penghulu jin dan manusia dan pemimpin Arab dan Ajam.

Nabi kami yg menyuruh kami dgn kebaikan dan melarang kami dr kemungkaran,maka tiada seorang pun yg lebih baik perkataannya drpd baginda samada mengatakan ‘ya’ ataupun ‘tdk’.

Baginda adlh kekasih tercinta yg sgt diharapkan syafaatnya utk menyelamatkan kita dr segala kebimbangan yg menyelubungi hati.

Wahai Tuhanku……!curahkanlah selamanya selawat dan salamMu kpd kekasihMu,sebaik-baik makhluk keseluruhannya,

Wahai Tuhanku…….!dgn berkat Nabi Muhammad yg terpilih,engkau perkenankanlah hajat-hajat kami dan ampunkanlah dosa-dosa kami yg lalu,
Wahai Tuhan yg Maha Luas KemurahanNya..